Search

Kenapa PAN takut sangat dengan penyatuan Umno-PAS?...

  • Share this:

Kenapa PAN takut sangat dengan penyatuan Umno-PAS?

Jika kerap terbaca atau terdengar serangan daripada Parti Amanah Negara terhadap penyatuan Umno-Pas, ia sebenarnya lahir daripada kegusaran berhubung kedudukan mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru, isu yang berterusan diulang-main oleh mereka untuk menyerang Umno-Pas ialah, gabungan ini berunsur perkauman-ekstremis agama, isu pembahagian kerusi pilihan raya, isu kerajaan campuran di negeri dimenangi Umno-Pas, putar semula isu sewaktu permusuhan silam dan lain-lain.

Kegusaran PAN sangat berasas sekiranya data pengundian dianalisis.

Dengan hanya mengambil kira faktor gabungan jumlah undi yang diterima oleh BN dan Pas dalam PRU14 yang lalu, ditanggapi bahawa PAN akan kehilangan 6 kerusi daripada keseluruhan 11 kerusi Parlimen yang dimenangi mereka. 5 daripada 6 kerusi tersebut diwakili oleh menteri dan timbalan menteri.

Manakala itu, daripada keseluruhan 33 kerusi DUN yang dimenangi PAN, 18 daripadanya akan tewas jika mengambil kira gabungan jumlah undi BN-Pas. 7 daripada 18 kerusi DUN terbabit diwakili oleh Exco Kerajaan Negeri.

PAN boleh tewas lebih banyak kerusi jika faktor prestasi kerajaan PH dan wakil rakyat diambil kira. Ini juga masih belum termasuk sebilangan besar kerusi yang dimenangi mereka secara tipis (marginal) yang hanya bergantung pada peralihan kecil pengundi atas pagar.

Berikut merupakan senarai kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi PAN pada PRU14, dan boleh tewas dengan hanya mengambil faktor gabungan jumlah undi BN dan Pas.

Kerusi Parlimen

1. P008 Pokok Sena: BN-Pas (41,791) mengatasi PAN (28,959). Majoriti: 12,832. Penyandang, Mahfuz Omar ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Naib Presiden PAN.

2. P057 Parit Buntar: BN-Pas (25,967) mengatasi PAN (16,753). Majoriti: 9,214. Penyandang, Mujahid Yusof ialah Menteri di JPM dan Naib Presiden PAN.

3. P074 Lumut: BN-Pas (31,690) mengatasi PAN (21,955). Majoriti: 9,735. Penyandang, Hatta Ramli ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ketua Pengarah Pilihanraya PAN.

4. P088 Temerloh: BN-Pas (36,828) mengatasi PAN (23,998). Majoriti: 12,830. Penyandang, Anuar Tahir ialah Timbalan Menteri Kerja Raya dan Setiausaha Agung PAN.

5. P096 Kuala Selangor, BN-Pas (29,879) mengatasi PAN (29,842). Majoriti: 37. Penyandang, Dzulkefly Ahmad ialah Menteri Kesihatan dan Pengarah Strategi PAN

6. P133 Tampin, BN-Pas (2,6031), mengatasi PAN (22,435). Majoriti: 3,596 undi. Penyandang, Hasan Baharom ialah Naib Presiden PAN.

Kedah

1. N.3 KOTA SIPUTEH: BN-Pas (11,593) mengatasi PAN (7,265). Majoriti: 4,328. Penyandang, Salmee Said ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Naib Pengerusi PAN Kedah.

2. N.14 ALOR MENGKUDU: BN-Pas (13,398) mengatasi PAN (8,840). Majoriti: 4558. Penyandang, Phahrolrazi Mohd Zawawi ialah Timbalan Pengerusi PAN Kedah.

3. N.16 KUBANG ROTAN: BN-Pas (14,772) mengatasi PAN (14,004). Majoriti: 768. Penyandang, Mohd Asmirul Anuar Aris ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Ketua Pemuda PAN Kedah.

4. N17. PENGKALAN KUNDOR: BN-Pas (15,612) mengatasi PAN (11,578). Majoriti: 4,034. Penyandang, Ismail Salleh ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Pengerusi PAN Kedah.

Pulau Pinang

1. N.11 PERMATANG PASIR: BN-Pas (11,706) mengatasi PAN (9,708). Majoriti: 1,998. Penyandang, Muhammad Faiz Fadzil ialah Timbalan Ketua Pemuda Amanah.

Perak

1. N.8 TITI SERONG: BN-Pas (14,453) mengatasi PAN (7,600). Majoriti: 6,853. Penyandang, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim ialah Exco Kerajaan Negeri Perak dan Ketua Pemuda PAN Perak.

2. N.16 KAMUNTING: BN-Pas (13,394) mengatasi PAN (9,898). Majoriti: 3,496.

3. N.23 MANJOI: BN-Pas (27,350) mengatasi PAN (20,052). Majoriti: 7,298. Penyandang, Asmuni Awi ialah Exco Kerajaan Negeri Perak dan Pengerusi PAN Perak

4. N.44 SUNGAI RAPAT: BN-Pas (13,438) mengatasi PAN (12,425). Majoriti: 1013. Penyandang, Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Exco Kerajaan Negeri Perak dan Timbalan Pengerusi PAN Perak.

5. N.51 PASIR PANJANG: BN-Pas (20,699) mengatasi PAN (14,123). Majoriti: 6,576.

6.N.59 BEHRANG: BN-Pas (12,695) mengatasi PAN (9,770). Majoriti: 2,925. Penyandang, Aminuddin Zulkipli merupakan Timbalan Speaker DUN Perak.

Selangor

1. N.02 SABAK: BN-Pas (13,034) mengatasi PAN (6,981). Majoriti: 6,053.

2. N.53 MORIB: BN-Pas (16,212) mengatasi PAN (11,000). Majoriti: 5,212. Penyandang, Hasnul Baharuddin ialah Naib Pengerusi PAN Selangor.

Negeri Sembilan

1. N.9 LENGGENG: BN-Pas (8,082) mengatasi PAN (7,456). Majoriti: 626. Penyandang, Suhaimi Kassim ialah Naib Pengerusi II PAN Negeri Sembilan.

Melaka

1. N.9 DURIAN TUNGGAL: BN-Pas (5,841) mengatasi PAN (5,213). Majoriti: 628. Penyandang, Mohd Sofi Wahab ialah Exco Kerajaan Negeri Melaka dan Timbalan Pengerusi PAN Melaka.

Johor

1. N.11 SEROM: BN-Pas (12,158) mengatasi PAN (11,774). Majoriti: 384.

2. N.24 SENGGARANG: BN-Pas (12,458) mengatasi PAN (10,568). Majoriti: 1,890. Penyandang, Khairuddin A. Rahim ialah Setiausaha PAN Johor.

3. N.29 MAHKOTA: BN-Pas (20,931) mengatasi PAN (19,507). Majoriti: 1,424. Penyandang, Muhamad Said Jonit ialah AJK PAN Johor.

https://www.facebook.com/2263676617295172/posts/2345427272453439?sfns=mo

#sirazri


Tags:

About author
not provided
An Ofiicial Fanpage for Muhammad Azri @ Sir Azri @ Papa Azri
View all posts